Monday, September 3, 2012

MALU: KALUNGAN MUTIARA MENGHIASI DIRI HAWA

Sifat malu adalah perasaan yang dapat membenteng seorang Mukmin lelaki atau perempuan daripada melakukan perkara yang menghancurkan dan memusnahkan maruah dirinya. Malu juga merupakan gambaran akhlak terpuji seorang Mukmin. Mukmin yang memiliki perasaan malu membuktikan dia memiliki hati dan jiwa yang murni. Dan sentiasa menjaga maruah diri dan tidak sanggup melakukan perkara yang diarang oleh agama.

Oleh itu malu adalah perisai Mukmin. Malu juga satu cabang daripada cabang-cabang iman. Benarlah kata-kata Sayidatina Aisyah r.a: "sekiranya seorang lelaki itu memiliki sifat malu nescaya dia seorang lelaki yang soleh dan sekiranya seorang lelaki memiliki sifat keji nescaya dia seorang lelaki yang jahat." Begitu jugalah hadis ini ditujukan untuk perempuan mukminah.

POSITIF 
1. Sifat malu adalah perisai Mukmin daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah.
2. Malu adalah akhlak al-Quran yang terpuji.
3. Memiliki sifat malu adalah bukti mukmin yang luhur imannya dan suci jiwnya.

NEGATIF
1. Tanpa iman seseorang akan rosak.
2. Tanpa malu seseorang akan jauh daripada Allah.
3. Hidup seseorang akan berada dalam kehinaan.



Melalui coretan rasa ini,
Marilah kita sama-sama,
Merenung kelemahan dan  kekurangan diri, 
Agar liku-liku kehidupan yang kita tidak tahu nokhtanya,
Agar sentiasa di bawah kasih sayang Ar-Rahman,
Sentiasa diberi petunjuk dan curahan hidayah.

Seringkali sebagai insan kita alpa tentang hakikat kehidupan,
Dihidupkan untuk mengabdi namun insan lupa diri,
Kesan hitam dosa yang terpalit di pakaian kita,
Jijik dan memualkan.

Kita tidak punya sifat malu,
Terutamanya  kepada ALLAH,
Andai kita punya sifat terpuji ini,
Pasti ia akan membenteng diri.

Kita tidak punya sifat malu,
Kerana sifat malu kepada Allah akan menjarakkan kita daripada maksiat,
Malu melakukan dosa kerana didikan sifat malu memberikan kita rasa,
Allah sentiasa melihat dan mengawasi kita,
Allah bersama kita di mana sahaja,
Justeru kita malu untuk membuat dosa.

Duhai Mukmin,
Semailah kuntuman malu di taman iman,
Agar nanti menjadi penyeri,
Dan harumannya menjalar dan meresap di sanubari.

Dipetik dr Majalah Gen-Q

No comments:

Post a Comment