Saturday, March 20, 2010

10 KUNCI PERSAHABATAN YANG BAIK


1.Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti kamu supaya kamu mempunyai persamaan, tetapi jangan menafsirkan orang secara langsung tidak mempunyai persamaan dengan kamu, bersikap terbuka baik untuk kamu.

2.Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana kamu suka diperlakukan. Sekiranya kamu menghormati orang lain, orang lain akan menghormati kamu juga.

3.Sedarlah bahwa tiada manusia yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat pelik dan kelemahan, dan menerima kelemahan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4.Hargai pendapat antara satu sama lain.

5.Sedarlah bahawa sahabat yang rapat sekalipun tidak akan dapat bersama 24 jam. Bina kegemaran atau keinginan yang lain dan jangan cemburu apabila sahabat kamu mempunyai kegemaran atau keinginan yang lain juga.

6.Komunikasi sangat penting, sahabat kamu tidak boleh membaca fikiran kamu. Sekiranya ada sesuatu yang menganggu persahabatan kamu, beritahulah.

7.Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) merosak persahabatan.Terimalah luahan perasaan dan rintihan mereka (sahabat).

8.Belajar daripada satu sama lain.

9.Jangan mengata atau berbuat jahat di belakang kawan.

10.Pilihlah kata-kata dengan bijaksana kerana kamu tidak akan dapat menariknya kembali.

2 comments:

  1. nice advice...truskan..n tq so much..cz 4 da meanwhile,i dun know how 2 appreciate the person who known as " friend" or " bestfriend"..tq..

    ReplyDelete
  2. syukran ya sahabat!.. same-same lah kite manfaatkannyer bersama..

    ReplyDelete