Sunday, March 21, 2010

JANGAN BERSEDIH DAN JANGAN PEDULIKAN APA ORANG BUAT



SERINGKALI
kita mendengar rintihan dan keluh kesah dalam menghadapi kehidupan seharian, diri saya dan anda juga tidak akan
terlepas dari mengeluh dan hampir berputus asa hanya kerana karenah orang yang tidak penting.

Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai kekuasaan untuk mendatangkan mudarat, manfaat, kematian, dan hidup kepada anda. Mereka juga tidak dapat membangkitkan anda semula dari kubur, tidak pula dapat memberi pahala serta seksa.

Perhatikan madah pujangga ini :

Orang yang mudah mempedulikan perilaku orang lain, dia akan mati gelisah, Sedangkan orang yang gagah berani akan mencapai kenikmatan..

Perhatikan madah pujangga yang lain pula:

Sesiapa yang suka mempedulikan orang lain,
dia akan gagal mencari kebahagiaan,
Sedangkan orang yang berani akan berjaya mencapai kejayaan..

Oleh itu, wahai saudaraku sekalian usahlah pedulikan orang lain tentang diri kita. Teruskan menjalani kehidupan tanpa rasa takut dan marah kepada orang lain kerana mereka tidak akan dapat menambahkan rezeki apatah lagi memudaratkan kita.

Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa memberikan dan mengambil apa yang kita miliki.

No comments:

Post a Comment