Wednesday, March 17, 2010

Ikan Toman VS Amerika


Ikan Toman, Jalak, "Badus"(Bangsa Rungus)atau northern SnakeHead merupakan sejenis ikan air tawar yang hanya terdapat di perairan Asia termasuklah si Malaysia. Dalam rancangan "FishZilla" yang disiarkan melalui National Geographic Channel yang saya tonton semalam, saya mendapati bahawa "Orang Putih atau Mat Salleh" ini amat membenci Ikan Toman atau SneakHead (erm.. kenape ae?).. dan mereka mengelarnya sebagai "Fishzilla" yang bermaksud "Ikan yang ganas, kejam, " dan sewaktu dengannya.. (alahai.. ala2 cerita GodZilla tue). Ini kerana bagi mereka ikan yang berasal dari Asia ini sangat kejam, jahat tidak berperikeikanan (hehe.. teda2 dalam kamus dewan) sesama ikan. Bagi saya mereka ini yang menganggap diri mereka sebagai manusia yang terbaik ketamadunannya di dunia kini telah menjatuhkan martabat mereka hanya kerana ikan Toman. Tak patut.. patut ker!.. bagi kita orang malaysia Ikan ini adalah ikan yang menjadi kegemaran kita sehinggakan kita sanggup meredah hutan belantara mencari kolam, tasik, sungai atau lubuk even sanggup bermalam dan meninggalkan anak bini di rumah (kadang2 tue kena kejar dek hantu langsuir, pocong n sespesis dgnnyer..) hanya kerana ikan Toman. Di Amerika pula, mereka sanggup membuat Invasion atau kajian untuk menghapuskan ikan Toman dan menggubal undang2 baru bagi mengharamkannya supaya tidak dibawa masuk ke dalam negara malah mengharamkan rakyatnya daripada memakan ikan ini. hahaha.. teramatlah kelakar dan anehnya mereka ini.
Betapa Bodoh, Bahalul, dan Banggangnya mereka hanya kerana sejenis spesis ikan. Apakah alasan mereka bermusuhan dengan Ikan Toman ini?.. Mereka kata ikan pemangsa ini amat kejam kerana menguasai sungai, kolam, tasik even pemikiran mereka dan apa yang paling mereka takuti iaitu ikan ini akan memakan semua spesis ikan yang terdapat di dalam sungai negara mereka dan menjadikan negara mereka sebagai "Negara Ikan Toman". Apa yang kita lihat, seandainya mereka (AS) sanggup menjadikan ikan Toman sebagai Musuh ketat yg wajib dihapuskan maka tidak mustahil orang Asia terutamanya Malaysia akan mereka perlakukan begitu jga. Betul bukan?..

PS: ikan ni law dimasak gulai atau dibakar pas 2 cecah ngn belacan.. nyum, nyum, nyum, sedap!.. kompom nak lagi..
(aik!.. takkan dah melelah kowt!)..

1 comment:

  1. haha.."tak berperikeikanan" peribahasa baru tu..
    padahal ikan tu sodap n banyak kegunaan perubatan..

    ReplyDelete